• This is default featured slide 1 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Anak Lambat ‘Pickup’? Lembap? Perkara Basic Yang Ibubapa Perlu Tahu Tentang Disleksia.



Apakah itu Disleksia (Dyslexia)?

Biasanya kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas sudah tahu mengenal huruf, mengeja, membaca dan menulis. Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap anak mereka yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa berusaha mengenal pasti punca masalah itu berlaku. 

Ia mungkin disebabkan oleh sindrom yang dinamakan DISLEKSIA. (dyslexia) 

Menurut Portal Maklumat 1klik, disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemah imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dikenali sebagai ‘lambat membaca’ dikalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak ini juga membaca dari kanan ke kiri, tidak dapat membezakan persamaan perkataan dan kesukaran untuk menyebut ayat yang dieja. 

Kebanyakan kanak-kanak yang berumur enam tahun sudah mampu untuk belajar membaca, tetapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka tidak dapat memahami asas pembacaan walaupun sudah mencapai Tahun Satu.

Sindrom ini sebenarnya bukan suatu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan mereka ketinggalan dalam pembelajaran.

Sindrom disleksia agak sukar dikenal pasti kerana ia tidak seperti sindrom atau penyakit lain. Jika kanak-kanak mula menunjukkan kelewatan bercakap dengan fasih, lambat mengenal pasti huruf serta menyanyi, mereka mungkin berisiko mengalami disleksia. 

Apabila mereka mula memasuki alam persekolahan keadaan itu akan kelihatan lebih ketara termasuk ketidakupayaan mengenal huruf, membaca, memahami, cepat lupa serta menterbalikkan huruf.

Namun jangan terkejut, kerana penghidap disleksia umumnya mempunyai IQ normal atau lebih tinggi dari rakan sebaya yang lain.

Tokoh-tokoh seperti Bill Gates, Steve Jobs, Muhammad Ali (peninju dunia), Walt Disney dan ramai lagi juga pernah menghadapi keadaan ini semasa kecil lagi. So ibubapa jangan terlalu susah hati kerana mungkin anak itu akan menjadi orang yang cemerlang di masa hadapan.

Saksikan video ini. Apa yang berlaku dalam otak kanak-kanak istimewa ini...




Share:

Bagaimana mengenali anak-anak yang bermasalah (DISLEKSIA)


10 simptom kanak-kanak disleksia

1) Lambat bercakap
2) Sukar bercakap
3) Keliru dengan abjad dan nombor
4) Kurang memahami konsep masa
5) Sukar mencari arah (kiri dan kanan)
6) Selalu tersasul
7) Cara pegang pensil yang pelik
8) Sentiasa mengelak dari belajar
9) Cepat lupa
10) Berbakat dalam bidang artistik dan seni

Tunggu pos seterusnya untuk detail setiap masalah ya.. ;)
Share:

Khasiat Saffron (Za'faran)



Ringkasan khasiat saffron :

1. Membantu penghadaman
2. Meningkatkan selera makan
3. Parkinson dan nyanyuk
4. Merawat masalah ketidaksuburan dan menguatkan rahim (selepas bersalin)
5. Mengatasi kemurungan
6. Melegakan ketegangan (tension)
7. Merangsang tenaga syahwat
8. Rawatan saraf
9. Gout
10. Rawatan limpa
11. Merawat sakit perut
12. Merawat sakit paru-paru
13. Masalah cirit-birit
14. Melancarkan perjalanan haid
15. Boleh dijadikan wangi-wangian
16. Boleh dijadikan penyedap makanan
17. Boleh dijadikan sabun mandi
Share:

Dapatkan G-Star Untuk Anak Anda Disini.

Dapatkan G-Star Untuk Anak Anda Disini.
Dapatkan G-Star Untuk Anak Anda Disini.